Friday, August 5, 2011

Melaka Bersejarah

   Pada mulanye g Melaka nk wat keje survey, alih2 byak tempat yang dapat di lawati rupenye. indah betul kawasan2 yang ade kat Melaka. Menteri Besarnye Datuk Seri Ali Rustam banyak mengebuh suai Melaka dengan mengekalkan sejarahnya. tahniah YB. 1 lagi cerita penting yang patut aku tengahkan di sini dimana ade la 1 kampung bernama Kg. Morten yang paling menarik di Melaka kerana semua rumah2 kat skg ni memang unik rupa bentuknye. banyak lg kawasan2 menarik di Melaka tetapi hanya sedikit sahaja yang dapat aku kongsikan kat sini : 


Muzium Samudera
  Skali tengok macam tempat yang dilanda Tsunami sebab kapal sampai ke darat tu. tetapi hakikatnye, kapal ni pun telah dirasmikan secara rasmi oleh MB Melaka Datuk Seri Ali Rustam. kapal ni ialah tempat Muzium namenye Muzium Samudera. kat dalam kapal ni ade banyak kisah2 org Melaka terdahulu sehingga patung Hang Tuah pun berada kt sini.kat dalam kapal ni memag unik. rugi kalu xmsuk..


 Jonker Walk
   Jonker Walk ni satu tempat kalu kat Kelantan mcm Wakaf Che Yeh la. Pasar malam bgi org2 Chinese kat Melaka. banyak brg2 yg xde kat Supermarket ade dijual kat sini.tapi ia hanya dibuka pada malam hari jumaat, sabtu n ahad jer. kebanyakan peniaga kat sini Chinese la.


 Kincir Air 
  Skali tengok memang unik kan benda ni. haa, ni la replika kincir air kat tepi sungai Melaka. aku sempat bergambar kat sini. memang btul2 kat tengah2 Melaka. 


Kereta Lembu
  Aku sempat menaiki kereta lembu ni. Rm10 skali ride tau. agak mahal sebab die round kejap je. tp kadang2 pikir memang berbaloi sebab susah nk rasa naik benda ni skrg. semua dah ade kete wira, pajero n jip dah skrg. lembu yang tarik benda ni memang serius besar. takut nk g dekat tu.

No comments:

Post a Comment