Tuesday, December 13, 2011

Garmin GPS rino 530Cx

asalamualaikum...

saya nak share satu ilmu pasal ukur...sekarang banyak ilmu yang kita tak tahu sebab ilmu ukur ni byk dh advance..saya guna Garmin GPS rino 530Cx utk wat keje kat tempat2 yang sukar masuk ngan total station..meh saya share sal step2 dari garmin ni utk export ke autocad :


step 1 : download mapsource guna link ni http://www8.garmin.com/support/download_details.jsp?id=209


ni instruction die :
Download the Training Center:
http://www8.garmin.com/support/download_details.jsp?id=835

Install it

Then download the MapSource update:
http://www8.garmin.com/support/download_details.jsp?id=209

Install it.

You now have full blown MapSource, enjoy!



step 2 : klik kat transfer tab then, select receive from device..kat sini mapsource akan detect automatic gps hand held kite..kemudian kite transfer jer data lam gps ke mapsource..data after transfer akan kua mcm nie :


step 3 : sebelum wat pape kite kena set coordinate projection dlu kat tab edit, pilih preferences..

**pilih projection west malaysia grid and datum kertau 1948...


step 4 : then, kita klik kat waypoint tu utk pilih point mane yang nak export ke autocad...


***pastikan kat tab tracks tu anda delete semua active log die, kalu xdelte nati die akn kua kat autocad gak makin berserabutla data kat autocad nati..

**delete semua point kat active log ni sbb kita hanya nak point waypoint kite je..

step 5 : pergi kat tab waypoint balik, select all point utk di export ke autocad, cth :

step 6 : then pergi kat tab file, pilih save as DXF (*dxf) file..

step 7 : lepas tekan save as tu die akan kua 1 lagi table utk properties kite ubah bila drawing autocad display..this the final step, after all the step above siap, uncheck button kat create symbol to contain waypoint, route and track detail sbb kalu x uncheck die akan kua symbol y besar sampai kite xnmpak point2 kite..


Fail autocad format dxf kite td tu dah blh open dah.. kite blh start edit n join detail lam autocad..

data ni adlah data kerja saya masa kat lojing menggunakan gps hand held..kerja2 kat lojing(hutan) susah nk bw total station masuk so guna jela kemudahan yang ade...

tapi harap maklum la accuracy utk hand held ni adlah +/- 5m.. so utk kerja2 title seperti refix, tanam boundary n mcm2 lg xleh la guna gps ni sbb keje2 title perlukan accuracy sampai :

Ketepatan koordinat larasan adalah 0.050 meter. (PERATURAN UKUR KADASTER 2009)

sekian..

Saturday, August 13, 2011

Manusia Tertinggi Dunia dari Pakistan?



Cerita Sekitar Perkarangan Stadium Kelantan 12 Ramadhan 1432

Semalam aku pergi la nk merase smyg terawih kat stadium tu mcm mane.. dengan niat y ikhlas nk wat pahala aku pun pergila.. sebelum start trawih, ade sorg MC ni bgtau tentang Ijaz Ahmed dari Pakistan ni..kata MC tu manusia tertinggi dunia wat masa skrg ni.. sebelum ni ijaz ni orang ke-3 paling tinggi kat dunia selepas Bao Xishun dari China [a Former tallest man recognized by Guiness World Record at 2.36m   (7 ft 9 in)].


Trawih kat stadium sultan Muhammad ke-4  memng asyik sebab imamnya (syeikh hisyam) dari mesir memg lunak n merdu suara bacaan ayat al-quran nye.. memg korg pn patut rasa la mcm mane bestnye smyg kt stadium Kelantan ni even panjang bacaan nye tapi memang asyik..

Berbalik kpd cerita asal sebenarnye, pasal manusia tertinggi dunia skrg ialah ijaz ahmed, katenye MC td die tidak di iktiraf Guiness World Record even yang 2 org sebelum ni telah meninggal dunia sebab die adalah beragama islam..sungguh tidak ADIL kan?? Mentang2 agama islam terus tidak di iktiraf dunia.. ijaz ahmed pada mulanye bertandang ke Malaysia utk menyambut ramadhan kat Malaysia, bila die sampai ke KL die rase tidak ade suasana bulan ramadhan kt KL lalu die pn tyala org kat mane nk dptkan nikmat rase bulan ramadhan kat Malaysia ni lalu adela sorg hamba Allah ni bgtau pergola ke Kelantan..  



Di stadium sultan Muhammad ke-4 die dtg dgn keadaan yang kurang sihat dimana die telah mengalami kemalangan semasa berada di Pakistan.. rakan yg menaiki kenderaan bersamanye meninggal dunia akibat kemalngan tersebut tetapi die alhamdullilah hanya mengalami cedera ringan shj.. di samping solat terawih bersama rakyat Kelantan di perkarangan stadium mlm tadi, ijaz ahmed juga meminta bantuan drpda rakyat Kelantan y ingin memberikan sumbangan derma kpd beliau untuk membolehkan beliau menjalankan sedikit rawatan lanjutan dari kemlangan yang di alaminye.


Di bawah aku berikan sedikit biodata tentang lelaki tertinggi dunia ini :

Ijaz Ahmed (juga dikenali sebagai Ajaz Ahmed, lahir 1976) adalah seorang petani Pakistan, dan juga adalah orang kedua tertinggi di dunia. Beliau berasal dari kampung Bakkhar dalam Daryakhan, Punjab, dengan ketinggian 8 kaki dan 4 inci. (254cm). Ijaz Ahmed mangsa gangguan hormon. Dia mengalami masalah ortopedik yang menderita kaki kanannya selepas dia menjalani pembedahan untuk tulang patah hip. Sebagai seorang petani dari keluarga luar bandar, dia pergi kepada pekerja sosial Pakistan, Talat Mehmood, yang membantunya berhubung dengan Qamruddin Ansari, pengurus untuk Ghulam Shabbir, bekas pemegang Rekod Guinness untuk pembuat saiz kasut terbesar , dan Allahyarham Alam Channa, manusia tertinggi di dunia pada masa itu untuk mendapatkan sedikit bantuan.

Thursday, August 11, 2011

link CDS y xperlu gunakan dongle.



http://www.mediafire.com/?3k0bo0geag3ja42


Download dulu guna link atas..save file y download tu kat Drive D... then follow step2 kat bawah ;


1. Run CDS109TRIAL.EXE ke lokasi C:\ Program file yang dikehendaki
2. Gunakan CDS109TRIAL untuk beberapa hari bagi tempoh tidak melebihi 60 hari
3. Move file cds2.exe dari lokasinya C:\ ke mana2 Temp folder
4. Copy cds2.exe dari G:\ ke lokasi cds2.exe yang lama. i.e. C:\ Program file\foresight software\CDS\program

PERINGATAN!
Defrac Hard-disk akan menggagalkan operasi CDS109TRIAL ini.
Sekiranya perlu Defrac, pastikan jangan ubah kedudukan file berikut;
cds.key, cds.rst, cds.ent, cds.41s
Jika tanpa sengaja Defrac, sila Format hard-disk tuan dan install CDS109TRIAL.exe semula.



   Nak cds percuma..dwnload dari link nie..pastu info kat saya utk arahan selanjutnya..yg dh abes trail pun blh..SKALI lagi PERCUMA jer...


http://www.mediafire.com/?3k0bo0geag3ja42


kredit to link : http://www.mediafire.com/?3k0bo0geag3ja42

Friday, August 5, 2011

Pecah geran tanah – prosedur pecah geran tanah


Sumber dari : http://www.afiffuddin.com/info-terkini/pecah-geran-tanah-prosedur-pecah-geran-tanah  banyak lagi pasal maslah2 tanah boleh didapati di laman web tu. ade mase u all bolehla jenguk untuk tahu lebih mendalam lg prosedur2 lain.

Berikut adalah beberapa prosedur pecah geran tanah:
1. Jika tanah pertanian, biasanya minima 1 ekar untuk 1 geran selepas pecah tanah. Boleh convert ke tanah bangunan jika nak pecah.
2. Jika terdapat bangunan sedia ada atas tanah tersebut, biasanya perlu buat survey untuk ambil detail dahulu. Ini supaya bila bahagi nanti, tiada bangunan atau struktur kekal yang terbahagi dalam geran berbeza.
3. Kiraan Fee ini adalah anggaran sahaja dan bergantung kepada lokasi tanah dan beberapa faktor lain. Fee untuk survey detail adalah dalam RM2000 – jika survey detail perlu. Fee untuk pecah bahagian termasuk pre-computation adalah bergantung kepada jenis kegunaan tanah. Tapi lebih kurang RM2500 maksimum. Sekali lagi saya nyatakan, fee ini adalah anggaran kasar sahaja.
4. Bayaran kepada pejabat tanah adalah minimum kecuali jika mahu tukar syarat kegunaan tanah. Penukaran syarat akan melibatkan premium yg dikira berdasarkan nilai semasa tanah.
Info tambahan: Sedikit penjelasan mudah tentang pengurusan hakmilik terma tanah. Penjelasan penuh sila rujuk KTN
1. Penyatuan Tanah
- 2 atau lebih lot tanah yang bersebelahan yang dipegang oleh satu pemilik dicantumkan menjadi 1 lot.
2. Pecah Sempadan Tanah
- Tanah dipecah sempadan kepada 2 atau lebih bahagian. Tiap-tiap bahagian dipegang oleh pemilik atau pemilik-pemilik mengikut bahagian dalam geran asal sebelum Pecah Sempadan. Pemilik sama, geran banyak.
3. Pecah Bahagian Tanah
- Tanah dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut seperti bahagian yg dinyatakan dalam hakmilik. Tiap-tiap lot baru akan dipegang mengikut bahagian. Pemilik-pemilik dapat geran ikut bahagian. Biasanya dalam pembahagian harta dan nak geran individu.
Info Tanah: Tahukah ANDA??
1 ekar berapa meter? >> 1 ekar = 4046.86 meter persegi atau lebih kurang 4 km persegi (64m x 64m).
1 ekar berapa kaki persegi? >> 1 ekar = 43560 kaki pesegi = Luas (Panjang x Lebar)
1 ekar berapa hektar? >> 1 ekar = 0.4047 hektar
1 hektar berapa ekar? >> 1 hektar = 2.471054 ekar
1 relung berapa meter? >> 1 relung = 53.6448 m atau 176 kaki
1 relung persegi = 2.8 km persegi
Untuk melakukan perkiraan atau menukar nilai ukuran tanah sila rujuk link ini >> Convert-Me.Com
Saya harap artikel ini dapat membantu anda. Sekian

Survey Processing in CDS software

Topcon downloading

   First skali dari alt kena la transfer ke CDS. dari CDS dapatla Raw Data -> Stadia -> diagram kat Database. step by step ok.
CDS software

  Kat bawah ni contoh Raw Data yang telah di download. kalu tengok dlm CDS benda ni memang langsung xfaham pape :
Raw Data

4+00086_*STN3_,1.618_+1000_ R+00084790m0923605+2713645d-00003852*60+14+00090_*JO_,1.198_+1001_ R+00083096m0923530+2772710d-000031075
761*60+14+00080_*DIVIDER_,1.198_+1002_ R+00084809m0923235+2780845d-00003766*60+14+00094_*DIVIDER_,1.198_+1003_ R+00084062m0923122102
5+2791340d-00003704*60+14+00083_*DIVIDER_,1.198_+1004_ R+00078935m0922350+2794045d-00003304*60+14+00093_*LP_,1.198_+1005_ R+00063008
2535m0924235+2832535d-00002959*60+14+00092_*DIVIDER_,1.198_+1006_ R+00063340m0922925+2855410d-00002755*60+14+00080_*DIVIDER_,1.14073
98_+1007_ R+00063722m0921825+2841840d-00002566*60+14+00092_*SBOD_,1.198_+1008_ R+00061973m0922555+2733840d-00002631*60+14+00086_5088
*SBOD_,1.198_+1009_ R+00067905m0920105+2933205d
~Raw Data


Stadia Data
   Kat stadia data ni kite leh edit  data2 kita. nk tambah distance ke, nk delete point ke tapi yang penting kite kena masukkan coordinate dan heighting stesen2 yang kite start wat keje ( Datum la). lepas tu baru blh proces data kite. then kite kena transfer data stadia ni ke database kite baru nampak diagram yang kite wat keje mcm mane.

 
DataBase
   Ni la database yang akan kite perolehi nati. lawa kalu data stadia kite cantik xde masalah. ni contoh strip survey yang aku wat kat area highway MRR2. lepas dapat diagram kat database macam ni kite kena la export ke AutoCad plak. then, bermula la acara untuk joint detail. Sekian.

Melaka Bersejarah

   Pada mulanye g Melaka nk wat keje survey, alih2 byak tempat yang dapat di lawati rupenye. indah betul kawasan2 yang ade kat Melaka. Menteri Besarnye Datuk Seri Ali Rustam banyak mengebuh suai Melaka dengan mengekalkan sejarahnya. tahniah YB. 1 lagi cerita penting yang patut aku tengahkan di sini dimana ade la 1 kampung bernama Kg. Morten yang paling menarik di Melaka kerana semua rumah2 kat skg ni memang unik rupa bentuknye. banyak lg kawasan2 menarik di Melaka tetapi hanya sedikit sahaja yang dapat aku kongsikan kat sini : 


Muzium Samudera
  Skali tengok macam tempat yang dilanda Tsunami sebab kapal sampai ke darat tu. tetapi hakikatnye, kapal ni pun telah dirasmikan secara rasmi oleh MB Melaka Datuk Seri Ali Rustam. kapal ni ialah tempat Muzium namenye Muzium Samudera. kat dalam kapal ni ade banyak kisah2 org Melaka terdahulu sehingga patung Hang Tuah pun berada kt sini.kat dalam kapal ni memag unik. rugi kalu xmsuk..


 Jonker Walk
   Jonker Walk ni satu tempat kalu kat Kelantan mcm Wakaf Che Yeh la. Pasar malam bgi org2 Chinese kat Melaka. banyak brg2 yg xde kat Supermarket ade dijual kat sini.tapi ia hanya dibuka pada malam hari jumaat, sabtu n ahad jer. kebanyakan peniaga kat sini Chinese la.


 Kincir Air 
  Skali tengok memang unik kan benda ni. haa, ni la replika kincir air kat tepi sungai Melaka. aku sempat bergambar kat sini. memang btul2 kat tengah2 Melaka. 


Kereta Lembu
  Aku sempat menaiki kereta lembu ni. Rm10 skali ride tau. agak mahal sebab die round kejap je. tp kadang2 pikir memang berbaloi sebab susah nk rasa naik benda ni skrg. semua dah ade kete wira, pajero n jip dah skrg. lembu yang tarik benda ni memang serius besar. takut nk g dekat tu.

Thursday, August 4, 2011

Alat Ukur lame.

    Gambar hiasan yang di ambil dari rumah. kadang tengok macam alat yang dah ade kat muzium ukur jer. tp xtau la lame mane alat ni skrg. byak2 alat kat bwah ade 1je alat yang aku agak macam total station iaitu item no4. alat tu masih lg in good conditon. aku suke tgk n simpan alat2 lame camni sbb suatu masa nati harga benda alah bakal melonjak di pasaran.

   Anyway, kalu ade sape2 berminat utk rekeman n tau lebih detail sal semua alat2 kat bwh ni blh la dtg ke kg aku at Bunut Payong, Kota Bharu Kelantan. huhu promote lebih2 plak.

 
           1- ni pun alat level lame gak.



 
              2 - dlm kotak..elok ag.



   Dalam banyak alat yang ada dalam ni. alt lam gambar kat bawah plg cool beb. masih lg tip top. tripod die pn aku ade lg jugak dalam keadaan yang baik. memang kalu nk nego alat ni aku akan demand harga tinggi skali la. huhu
               

3 - haa, yang ni je brg terbaek..plg lame kot.










4 - ni mcm Theodolite..tp xtau model ape n tahun bape.