Friday, August 5, 2011

Pecah geran tanah – prosedur pecah geran tanah


Sumber dari : http://www.afiffuddin.com/info-terkini/pecah-geran-tanah-prosedur-pecah-geran-tanah  banyak lagi pasal maslah2 tanah boleh didapati di laman web tu. ade mase u all bolehla jenguk untuk tahu lebih mendalam lg prosedur2 lain.

Berikut adalah beberapa prosedur pecah geran tanah:
1. Jika tanah pertanian, biasanya minima 1 ekar untuk 1 geran selepas pecah tanah. Boleh convert ke tanah bangunan jika nak pecah.
2. Jika terdapat bangunan sedia ada atas tanah tersebut, biasanya perlu buat survey untuk ambil detail dahulu. Ini supaya bila bahagi nanti, tiada bangunan atau struktur kekal yang terbahagi dalam geran berbeza.
3. Kiraan Fee ini adalah anggaran sahaja dan bergantung kepada lokasi tanah dan beberapa faktor lain. Fee untuk survey detail adalah dalam RM2000 – jika survey detail perlu. Fee untuk pecah bahagian termasuk pre-computation adalah bergantung kepada jenis kegunaan tanah. Tapi lebih kurang RM2500 maksimum. Sekali lagi saya nyatakan, fee ini adalah anggaran kasar sahaja.
4. Bayaran kepada pejabat tanah adalah minimum kecuali jika mahu tukar syarat kegunaan tanah. Penukaran syarat akan melibatkan premium yg dikira berdasarkan nilai semasa tanah.
Info tambahan: Sedikit penjelasan mudah tentang pengurusan hakmilik terma tanah. Penjelasan penuh sila rujuk KTN
1. Penyatuan Tanah
- 2 atau lebih lot tanah yang bersebelahan yang dipegang oleh satu pemilik dicantumkan menjadi 1 lot.
2. Pecah Sempadan Tanah
- Tanah dipecah sempadan kepada 2 atau lebih bahagian. Tiap-tiap bahagian dipegang oleh pemilik atau pemilik-pemilik mengikut bahagian dalam geran asal sebelum Pecah Sempadan. Pemilik sama, geran banyak.
3. Pecah Bahagian Tanah
- Tanah dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut seperti bahagian yg dinyatakan dalam hakmilik. Tiap-tiap lot baru akan dipegang mengikut bahagian. Pemilik-pemilik dapat geran ikut bahagian. Biasanya dalam pembahagian harta dan nak geran individu.
Info Tanah: Tahukah ANDA??
1 ekar berapa meter? >> 1 ekar = 4046.86 meter persegi atau lebih kurang 4 km persegi (64m x 64m).
1 ekar berapa kaki persegi? >> 1 ekar = 43560 kaki pesegi = Luas (Panjang x Lebar)
1 ekar berapa hektar? >> 1 ekar = 0.4047 hektar
1 hektar berapa ekar? >> 1 hektar = 2.471054 ekar
1 relung berapa meter? >> 1 relung = 53.6448 m atau 176 kaki
1 relung persegi = 2.8 km persegi
Untuk melakukan perkiraan atau menukar nilai ukuran tanah sila rujuk link ini >> Convert-Me.Com
Saya harap artikel ini dapat membantu anda. Sekian

5 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan kalau kurang dari 1 ekar tanah pertanian boleh tak convert ke tanah bangunan berapa kos untuk convert

    ReplyDelete
  2. Saya ada tanah status bagunan dalam 23600kaki persegi. Hajat nak pecah dua bahagian agar mudah jual. Apa prosidur dan anggaran kos. Mcm boleh urus sendiri tanpa khidmat peguam sbb mahal upahnye. Tq... Adnan

    ReplyDelete
  3. Klo 6 ekar nk pecah kpd 4 bhg... Ikut nisbah 2,2,1,1. Barapa anggaran kena bayar.

    ReplyDelete
  4. Saya ad tanah suku ekar,dan tanah tu pula dalam 1geran dgn pemilik yg lain sy 1/3 pihak yg lain 2/3 spt dlm geran..permslhn sy ni blh ke sy buat buat geran individu utk bhgian sy shaja

    ReplyDelete
  5. saya ada 3 ekar tanah pertanian atas 3 nama,brp kos untuk pecah geran untuk 3 nama?

    ReplyDelete