Saturday, August 13, 2011

Manusia Tertinggi Dunia dari Pakistan?



Cerita Sekitar Perkarangan Stadium Kelantan 12 Ramadhan 1432

Semalam aku pergi la nk merase smyg terawih kat stadium tu mcm mane.. dengan niat y ikhlas nk wat pahala aku pun pergila.. sebelum start trawih, ade sorg MC ni bgtau tentang Ijaz Ahmed dari Pakistan ni..kata MC tu manusia tertinggi dunia wat masa skrg ni.. sebelum ni ijaz ni orang ke-3 paling tinggi kat dunia selepas Bao Xishun dari China [a Former tallest man recognized by Guiness World Record at 2.36m   (7 ft 9 in)].


Trawih kat stadium sultan Muhammad ke-4  memng asyik sebab imamnya (syeikh hisyam) dari mesir memg lunak n merdu suara bacaan ayat al-quran nye.. memg korg pn patut rasa la mcm mane bestnye smyg kt stadium Kelantan ni even panjang bacaan nye tapi memang asyik..

Berbalik kpd cerita asal sebenarnye, pasal manusia tertinggi dunia skrg ialah ijaz ahmed, katenye MC td die tidak di iktiraf Guiness World Record even yang 2 org sebelum ni telah meninggal dunia sebab die adalah beragama islam..sungguh tidak ADIL kan?? Mentang2 agama islam terus tidak di iktiraf dunia.. ijaz ahmed pada mulanye bertandang ke Malaysia utk menyambut ramadhan kat Malaysia, bila die sampai ke KL die rase tidak ade suasana bulan ramadhan kt KL lalu die pn tyala org kat mane nk dptkan nikmat rase bulan ramadhan kat Malaysia ni lalu adela sorg hamba Allah ni bgtau pergola ke Kelantan..  



Di stadium sultan Muhammad ke-4 die dtg dgn keadaan yang kurang sihat dimana die telah mengalami kemalangan semasa berada di Pakistan.. rakan yg menaiki kenderaan bersamanye meninggal dunia akibat kemalngan tersebut tetapi die alhamdullilah hanya mengalami cedera ringan shj.. di samping solat terawih bersama rakyat Kelantan di perkarangan stadium mlm tadi, ijaz ahmed juga meminta bantuan drpda rakyat Kelantan y ingin memberikan sumbangan derma kpd beliau untuk membolehkan beliau menjalankan sedikit rawatan lanjutan dari kemlangan yang di alaminye.


Di bawah aku berikan sedikit biodata tentang lelaki tertinggi dunia ini :

Ijaz Ahmed (juga dikenali sebagai Ajaz Ahmed, lahir 1976) adalah seorang petani Pakistan, dan juga adalah orang kedua tertinggi di dunia. Beliau berasal dari kampung Bakkhar dalam Daryakhan, Punjab, dengan ketinggian 8 kaki dan 4 inci. (254cm). Ijaz Ahmed mangsa gangguan hormon. Dia mengalami masalah ortopedik yang menderita kaki kanannya selepas dia menjalani pembedahan untuk tulang patah hip. Sebagai seorang petani dari keluarga luar bandar, dia pergi kepada pekerja sosial Pakistan, Talat Mehmood, yang membantunya berhubung dengan Qamruddin Ansari, pengurus untuk Ghulam Shabbir, bekas pemegang Rekod Guinness untuk pembuat saiz kasut terbesar , dan Allahyarham Alam Channa, manusia tertinggi di dunia pada masa itu untuk mendapatkan sedikit bantuan.

No comments:

Post a Comment